Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Sunday, August 15, 2010

Kematian

Salah seorang guru yang berkhidmat di SK Rengas Bekah, Puan Roziha, telah meninggal dunia pada 24.7.2010. Beliau ialah seorang guru Bahasa Inggeris yang aktif dan berpengalaman.

Pada 8.8.2010, ayah kpd Pengarah JPNT meninggal dunia.

Moga roh mereka dicucuri rahmat. Alfatihah.

Wednesday, July 21, 2010

Sokongan @ support

Pada 18.7.2010, pihak sekolah menerima kedatangan dua pihak luar secara serentak. Mereka ialah dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan sebuah syarikat minuman. Jadual kedatangan unit bas bergerak telah diedarkan oleh pihak perbadanan perpustakaan kepada pihak sekolah.





Apa yang menarik perhatian saya ialah, kedatangan mereka seolah-olah bantuan minda dan fizikal. Unit bas bergerak memberi kemudahan pembacaan (antara sumber menjana minda) manakala unit bergerak syarikat minuman memberi "tenaga" untuk fizikal.


Pada 20.7.2010 (Selasa, beberapa orang guru bersama - sama guru besar dan penolong kanan 1 telah menerima jemputan dari sebuah syarikat perisian pendidikan di Kota Bharu. Di akhir taklimat tersebut, pengurusan syarikat sudi memberi 30 akaun percuma untuk perisian 'Zoom A" khas untuk murid - murid yang kurang kemampuan.








Terdapat beberapa keping bahagian atap pada bangunan 4 tingkat telah tercabut. Pihak sekolah telah berusaha untuk membaikinya. Tetapi dihalang oleh dinding konkrit. Dengan bantuan Unit Pembangunan, PPD dan JPNT, telah meminta bantuan dari pasukan bomba untuk meletakkan semula kepingan atap di dalam keadaan selamat .



Monday, July 12, 2010

Kem Tutorial UPSR PPTT 2010 Daerah Kuala Terengganu

Pada pukul 2.30 petang, hari Rabu bertarikh 7.7.2010 telah berlangsung satu taklimat untuk fasilitator Kem Tutorial UPSR PPTT 2010. Para fasilitator terdiri dari guru-guru tahun 6 yang mengajar di sekolah sekitar Kuala Terengganu.





Apa yang menarik perhatian saya ialah kata-kata yang terdapat pada dewan SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. "PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN DARI DIRI"


Kem Tutorial ialah acara tahunan apabila hampir kepada UPSR. Murid-murid terpilih akan berkumpul di sebuah sekolah dan belajar beberapa modul untuk 4 subjek teras UPSR.

Pada tahun ini, kem tutorial ini berlangsung mulai petang Khamis, bertarikh 8.7.2010 dan berakhir pada jam 6.00 petang hari Sabtu, bertarikh 10.7.2010.

Friday, July 2, 2010

dari utusan.com.my

Isu kewajaran UPSR, PMR diumum tahun ini

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mahu melengah-lengahkan dalam membuat keputusan dan pengumuman itu akan dibuat selepas selesai sesi rundingan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan akan membuat keputusan dengan cepat dan telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom untuk mengadakan segera sesi meja bulat dengan pihak-pihak berkepentingan.

"Kementerian telah membuat kajian lama mengenai pemansuhan UPSR serta PMR dan perbincangan meja bulat ini bertujuan mendapatkan input lebih terperinci di samping memberi gambaran lebih jelas sebelum keputusan mengenainya diambil," jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha kementerian; Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Alimuddin dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Muhyiddin memberitahu, maklum balas yang diterima sehingga ini khususnya menerusi media amat menggalakkan serta positif.

Menurutnya, segala input serta maklum balas itu akan diambil kira sewaktu sesi perbincangan meja bulat di kementerian nanti.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada kementerian.

"Program itu membabitkan pendidikan bagi kanak-kanak berusia satu bulan hingga empat tahun, ia memerlukan satu pendekatan berlainan dengan pendidikan prasekolah," katanya.

Sunday, June 27, 2010

"dari facebook rakan-rakan"

Mujurlah saya berkesempatan membuat satu akaun pada laman sosial yang popular pada masa ini, iaitu facebook . Ramai kenalan jauh dan dekat dapat dihubungi semula.

Ada di antaranya mempamerkan aktiviti yang berlaku di sekolah mereka. Yang terbaru ialah perkhemahan unit beruniform di salah sebuah sekolah di dalam Kuala Terengganu.



Pertandingan memasak di antara unit-unit beruniform telah di adakan di sekolah itu menggunakan dapur gas. Terdapat beberapa keping gambar lagi yang menunjukkan aktiviti pertandingan memasak antara unit beruniform di sekolah tersebut menggunakan dapur gas.

Dan satu lagi gambar, juga diambil dari facebook,



Tidak dapat dikesan di sekolah mana perkara di atas berlaku, tetapi ia memang berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia ..

Antara gambar pertandingan semasa perkhemahan unit beruniform di salah sebuah sekolah di Selangor. Gambar-gambar berikut diambil dari akaun facebook rakan-rakan.



Monday, May 31, 2010

Majlis Penyerahan Komputer RIba




Majlis ini berlaku pada 30 Mei 2010, bertempat di Terengganu Trade Center (TTC) bermula jam 2.3o petang.




antara VVIP yang hadir ..



Inilah laptop keluaran syarikat di Kuala Terengganu. Ia dinamakan Laptop TC. Selaras dengan ucapan Menteri Besar yang mahukan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran. Begitu juga ucapan Pengarah JPNT, yang menyokong usaha tersebut.

Saturday, May 8, 2010

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform Peringkat Sekolah

Pada 6,7 dan 8 Mei 2010 telah diadakan perkhemahan unit-unit beruniform di padang sekolah. Seramai 40 orang murid dipilih oleh setiap unit untuk menyertai perkehamahan ini .

Banyak aktiviti telah diadakan, begitu juga masalah yang timbul.

Aktiviti yang diadakan:
1. Taklimat kepada peserta
2. Solat berjemaah di surau sekolah
3. Ceramah bantu mula (first aid)
4. Senaman pagi
5. Sukaneka
6. Pertandingan ikatan
7. Pertandingan survival
8. Acara bermain wau serta menyiapkan motto setiap unit
9. Malam persembahan
10.Pertandingan masakan

Sebelum perkhemahan ini diadakan, dua mesyuarat telah diadakan, iaitu mesyuarat perkhemahan serta mesyuarat pemurnian sebelum diadakan program ini. Semua guru tidak membantah penggunaan dapur arang serta kayu api untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman kepada peserta.

Pada mulanya, saya telah bersiap sedia menyediakan satu dapur gas (2 burner) dan satu tong gas untuk tujuan masakan dan minuman. Ini ialah untuk menyenangkan kerja saya sebagai ketua unit pengakap. Ia melanggar peraturan yang telah ditetapkan sebelum perkhemahan.

Pada hari pertama perkhemahan, saya menyangka penggunaan dapur gas itu tidak akan mendatangkan masalah, tetapi saya tersilap. Beberapa orang guru dari unit lain menyatakan rasa tidak puas hati kerana saya menggunakan dapur gas, sedangkan mereka terpaksa bertungkus lumus dengan asap untuk menyiapkan makanan.

Saya akui, memang silap saya dan memang salah saya melanggar peraturan perkhemahan. Dapur gas dan tong gas kembali diusung ke dalam kereta selepas bantahan rasmi oleh kem komandan. Saya menerima teguran itu. Saya akui saya yang bersalah.Hidangan minum malam selepas itu disediakan dengan dapur arang.

Pada hari kedua dan seterusnya, kesemua hidangan menggunakan dapur arang dan kayu api. Saya kasihan melihat dua orang guru perempuan yang menjadi AJK Pengakap terpaksa bergilir menyiapkan makanan. Saya cuba membantu selagi terdaya.



(bersambung ... )