Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Wednesday, July 21, 2010

Sokongan @ support

Pada 18.7.2010, pihak sekolah menerima kedatangan dua pihak luar secara serentak. Mereka ialah dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan sebuah syarikat minuman. Jadual kedatangan unit bas bergerak telah diedarkan oleh pihak perbadanan perpustakaan kepada pihak sekolah.





Apa yang menarik perhatian saya ialah, kedatangan mereka seolah-olah bantuan minda dan fizikal. Unit bas bergerak memberi kemudahan pembacaan (antara sumber menjana minda) manakala unit bergerak syarikat minuman memberi "tenaga" untuk fizikal.


Pada 20.7.2010 (Selasa, beberapa orang guru bersama - sama guru besar dan penolong kanan 1 telah menerima jemputan dari sebuah syarikat perisian pendidikan di Kota Bharu. Di akhir taklimat tersebut, pengurusan syarikat sudi memberi 30 akaun percuma untuk perisian 'Zoom A" khas untuk murid - murid yang kurang kemampuan.








Terdapat beberapa keping bahagian atap pada bangunan 4 tingkat telah tercabut. Pihak sekolah telah berusaha untuk membaikinya. Tetapi dihalang oleh dinding konkrit. Dengan bantuan Unit Pembangunan, PPD dan JPNT, telah meminta bantuan dari pasukan bomba untuk meletakkan semula kepingan atap di dalam keadaan selamat .



Monday, July 12, 2010

Kem Tutorial UPSR PPTT 2010 Daerah Kuala Terengganu

Pada pukul 2.30 petang, hari Rabu bertarikh 7.7.2010 telah berlangsung satu taklimat untuk fasilitator Kem Tutorial UPSR PPTT 2010. Para fasilitator terdiri dari guru-guru tahun 6 yang mengajar di sekolah sekitar Kuala Terengganu.





Apa yang menarik perhatian saya ialah kata-kata yang terdapat pada dewan SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. "PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN DARI DIRI"


Kem Tutorial ialah acara tahunan apabila hampir kepada UPSR. Murid-murid terpilih akan berkumpul di sebuah sekolah dan belajar beberapa modul untuk 4 subjek teras UPSR.

Pada tahun ini, kem tutorial ini berlangsung mulai petang Khamis, bertarikh 8.7.2010 dan berakhir pada jam 6.00 petang hari Sabtu, bertarikh 10.7.2010.

Friday, July 2, 2010

dari utusan.com.my

Isu kewajaran UPSR, PMR diumum tahun ini

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mahu melengah-lengahkan dalam membuat keputusan dan pengumuman itu akan dibuat selepas selesai sesi rundingan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan akan membuat keputusan dengan cepat dan telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom untuk mengadakan segera sesi meja bulat dengan pihak-pihak berkepentingan.

"Kementerian telah membuat kajian lama mengenai pemansuhan UPSR serta PMR dan perbincangan meja bulat ini bertujuan mendapatkan input lebih terperinci di samping memberi gambaran lebih jelas sebelum keputusan mengenainya diambil," jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha kementerian; Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Alimuddin dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Muhyiddin memberitahu, maklum balas yang diterima sehingga ini khususnya menerusi media amat menggalakkan serta positif.

Menurutnya, segala input serta maklum balas itu akan diambil kira sewaktu sesi perbincangan meja bulat di kementerian nanti.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada kementerian.

"Program itu membabitkan pendidikan bagi kanak-kanak berusia satu bulan hingga empat tahun, ia memerlukan satu pendekatan berlainan dengan pendidikan prasekolah," katanya.