Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Sunday, January 15, 2012

Jan 2012 - "From Your Kindness We Eternize"

Terdapat kelainan pada hari pendaftaran. Pada tahun ini, penulis blog ini diberi amanah untuk memegang dan mengurus keperluan salah sebuah kelas.
"Tidak perlu bayar apa-apa. Saya mendapat arahan untuk tidak mengutip sebarang bayaran. Ini ialah salinan jadual waktu untuk anak pakcik / makcik"

Ada ibubapa yang hairan dan ada juga yang tersenyum.

Permulaan kalendar 2012 di SK Rengas Bekah dimulakan dengan pemantauan oleh salah seorang nazir dan seorang pegawai dari PPD Kuala Terengganu. Keseluruhan perjalanan hari pertama persekolahan dipantau oleh mereka.

Kemudian, beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini ditukarkan ke sekolah lain di dalam daerah Kuala Terengganu. Ada di antara mereka sudah berbelas tahun berkhidmat di sini.

Sekolah ini juga menerima 2 orang guru perempuan sebagai warga baru SKRB. Diharap mereka cepat menyesuaikan diri dengan 'iklim' di sini.

Beberapa perubahan dapat dilihat pada awal tahun ini. Ketua pengawas dan timbalannya memakai baju kot dan menjadi pengacara majlis Perhimpunan Mingguan di dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

Pada 11 Februari 2012, hari Sabtu telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang diusahakan oleh Ustaz Fauzi (JQAF), Panitia Agama Islam dan semua warga SKRB yang lain.

Hari Sabtu merupakan persekolahan gantian bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Program bermula pada 7.30 pagi apabila murid-murid dan semua guru berkumpul di tapak perhimpunan.







Ustaz Mohd Fauzi menyampaikan tazkirah berkenaan Maulidur Rasul. Pada peringkat perancangan program ini, penulis blog ada mendengar cadangan jemputan penceramah luar. Tetapi disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa menjemput ustaz SKRB.




Sepertimana yang dipersetujui di dalam taklimat, warga SKRB melalui kawasan kampung berdekatan dengan kawasan sekolah.



Pertandingan mewarna untuk murid-murid tahap 1 dan pertandingan menyalin semula ayat di dalam tulisan Jawi untuk murid-murid tahap 2 diadakan selepas waktu rehat.





Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YDP PIBG Encik Mohd Rani.