Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Wednesday, September 29, 2010

Vokasional

Pada 28 September 2010, hari Selasa, saya berkesempatan mengiringi murid-murid tahun 6 bersama-sama beberapa orang guru lain ke satu pameran yang dianjurkan oleh JPNT di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Pameran ini berlangsung selama 2 hari. Wakil dari seluruh daerah negeri Terengganu menyertai pameran tersebut. Beberapa sekolah menengah mempamerkan hasil inovasi guru dan pelajar mereka seperti alatan baru. Ada juga sekolah mempamerkan hasil dari bidang pertanian, hiasan dalaman dan senibina.

Walaubagaimanapun, gambar semasa program tersebut tidak dapat diambil kerana masalah teknikal pada kamera saya.

Kebetulan pula, pada malam ini semasa saya melayari laman internet, saya terjumpa sebuah laman weblog yang turut mengisahkan usaha guru-guru membantu murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Puchong Utama 3.

Laman weblog tersebut ialah http://anakkhas.blogspot.com
Seronok melihat pelbagai projek yang telah dan sedang dijalankan.

Monday, September 27, 2010

Program A Moment In English 2010

Pada 27 September 2010, satu program anjuran bersama ExxonMobil dan JPNT telah diadakan di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ia adalah acara tahunan sejak tahun 2005.

Ia melibatkan penyertaan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu. Ada juga usaha PPD daerah serta PKG untuk membantu dan memilih penyertaan terbaik.Persembahan terdiri dari sketsa, nyanyian, "choral speaking", dikir barat atau mana-mana persembahan kreatif yang sesuai.

Wakil dari ExxonMobil dan JPNT turut turun padang di dalam majlis ini.








Antara persembahan dari sekolah rendah.



Antara sketsa "Si Tanggang" oleh pelajar sekolah menengah.

Jelas kelihatan hasil usaha bimbingan guru-guru yang terlibat di samping minat dan kesungguhan murid dan pelajar di dalam persembahan masing-masing. Ada penyertaan yang mempunyai sokongan kewangan yang baik, dapat dilihat dari pemakaian kostum dan alatan di atas pentas semasa persembahan.

Manakala terdapat juga penyertaan yang ringkas, tetapi sungguh "mendalam" maksudnya. Terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya. Bagi saya, kesemua pelakon yang terlibat dapat berlakon dengan baik. Bukan sedikit masa yang mereka korbankan untuk hasilkan persembahan tersebut. Salute !

Jika dilihat dari perspektif yang lain...
Kan memang wujud lakonan di dalam kehidupan kita seharian. Ada yang berlakon rajin bila "bos" muncul. Namun, masih wujud golongan yang ikhlas. Cuma, jarang-jarang. Atau kata kadang-kadang macam dalam cerita filem P. Ramlee.

Lakonan cerita Si Tanggang membuatkan saya terfikir, terdapatnya kejayaan yang dimiliki oleh anak-anak yang menyebabkan penderitaan kepada ibu bapa mereka. Pernah terpampang di media mengenai gejala ini.

Apakah perlu makna kejayaan itu dinilai semula ?