Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Friday, June 17, 2016

Salam Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa. 

Saturday, August 31, 2013

think

6.7.2014

think and think again .. 

Wednesday, November 7, 2012

A Moment In English 2012: English For All

Pada 31 Oktober 2012, ketua panitia Bahasa Inggeris dalam daerah Kuala Terengganu telah dijemput untuk menghadiri program tahunan 'A Moment In English' anjuran JPNT dengan kerjasama ExxonMobil. Pada tahun ini, temanya ialah 'English For All', bertempat di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.


Setiap kipas mempamerkan setiap abjad dalam ejaan Malaysia. 

Persembahan dari pelajar sekolah menengah yang menggabungkan alat muzik moden dan tradisional.
Mereka mempersembahkan lagu popular dalam tahun 80 an.


Persembahan sulung daripada pelajar istimewa. Inilah kali pertama mereka tampil di dalam program ini. Mereka mendapat tepukan gemuruh penonton semasa dendangan lagu 'O Carol'

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah JPNT dan wakil dari ExxonMobil. Seterusnya penyampaian cek bernilai RM 125 ribu kepada JPNT sebagai sokongan kewangan daripada ExxonMobil di dalam program 'A Moment In English'


Wednesday, October 10, 2012

After UPSR

Sudah lama penulis blog ini tidak menulis di dalam blog ini. Selepas peperiksaan UPSR tamat, maka dengan ini dapatlah penulis blog meluangkan sedikit masa mencoret beberapa isu dan peristiwa yang berlaku. Usaha ini dilakukan tanpa arahan sesiapa, hanyalah kehendak penulis blog sendiri. Jadi, segala catatan dan pandangan di dalam blog ini bukanlah catatan atau kenyataan rasmi pihak sekolah, SKRB.

Selepas tamat peperiksaan UPSR, satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan program Pasca UPSR 2012. Antaranya ialah Lawatan Menyusuri Muara Sungai Terengganu Dengan River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Program Panitia-Panitia, Kem Ibadah (Mandi Wajib dan Solat Jenazah), Taklimat Pertolongan Cemas Dengan Kerjasama JPAM, Kempen Anti Merokok dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Lawatan ke Pulau Langkawi, Penyertaan ke Karnival 1 Murid 1 Sukan (Bola baling, Sepak takraw dan bola sepak) dan pelbagai aktiviti lain.

Program menyusuri muara Sungai Terengganu dengan River Cruise, TTI ini diusahakan oleh cikgu Ahmad Zunaidi dengan AJK dari Panitia Sivik.

Cikgu Tan Siew Hong memberi taklimat tentang pertandingan Word Chain yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Murid-murid menggunakan bahan 'School Times' terbitan NST yang dibekalkan percuma. Murid-murid memilih sendiri pasangan masing-masing dan tidak boleh memilih kata nama khas, perkataan yang membawa maksud sensitif dan menyiapkan kerja dalam masa yang telah dietapkan.

Antara hasil kerja murid dipaparkan seterusnya diadakan penilaian untuk pemenang. Hadiah disampaikan oleh GPK1 Puan Rohani Muda.

Program Penyediaan Sandwich telah diadakan di dalam kelas. Murid-murid tahun 6 telah diinta untuk membawa beberapa kelengkapan untuk program ini. Puan Norlida dengan dibantu oleh Puan Nooruslaini serta Puan Tuty Aisyah memberi penerangan serta tunjuk ajar dalam menyediakan sandwich.

Roti, marjerin serta sardin disediakan untuk murid-murid. Murid-murid menyiapkan sandwich dalam kumpula masing-masiing. 


Antara hasil sandwich. murid-murid berpeluang mempamerkan kreativiti dan mempelajari sesuatu yang boleh mereka aplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Penyelaras adan Pengawas sekolah, iaitu Puan Tan Siew Hong telah berusaha mengadakan jamuan di salah sebuah restoran makanan segera di Bandaraya Kuala Terengganu. Jamuan ini turut dihadii oleh AJK Badan Pengawas yang lain.

Ada di antara murd ini bias menikmati hidangan makanan segera. Namun, masih ada di antara mereka tidak berpeluang kerana masalah kewangan keluarga. Jadi, setelah setahun mereka memikul tugas sebagai pengawas sekolah, tibalah masanya untuk mereka dihargai.
Murid-murid tahun 6 juga diberi pendedahan tentang bahaya merokok di dalam satu program khas Pasca UPSR. Program ini mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu yang turut datang bersama fasilitator, bahan pameran serta alatan siaraya.
Murid-murid tahun 6 dibahagikan di dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengunjungi  setiap 'Pit Stop' yang disediakan dalam masa yang ditetapkan. Setiap 'Pit Stop' diselia oleh seorang fasilitator oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. 
Selepas waktu rehat, murid-murid telah diberi tugasan untuk membuat persembahan kebudayaan. Hadiah juga turut disediakan oleh mereka.
Antara program lain yang telah dijalankan ialah Karnival 1 Murid 1 Sukan (bola sepak, sepak takraw dan bola baling). Pihak sekolah telah menghantar murid-murid di dalam acara tersebut. Namun, penulis blog ini tidak berkesempatan merakamkan gambar pertandingan. Begitu juga dengan program Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi dan Program Pertolongan Cemas (dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia - JPAM).

Wednesday, June 6, 2012

Little Red Riding Hood

Ini merupakan cerita kanak-kanak yang terkenal. Ia mempunyai banyak maksud tersirat.


Salah satu contoh paparan dialog cerita 'Little Red Riding Hood' yang diusahakan oleh Puan Tan Siew Hong, guru BI senior . Dialog ini telah diletakkan pada papan kenyataan mata pelajaran di belakang kelas di dalam kelas 2 Amanah.




Persembahan lakonan ringkas oleh murid 2 Amanah semasa perhimpunan sempena bulan Panitia Bahasa Inggeris.

Persoalan mengenai maksud tersirat disebalik cerita ini. Pertama, persoalan yang telah ditimbulkan di dalam salah sebuah akhbar pada tahun lepas, iaitu "The Empty Nest". Ia membincangkan tentang keadaan generasi warga emas berada di lokasi lain sementara anak-anak mereka berhijrah ke lokasi lain.

Sudah tentu hubungan antara generasi tersebut tidak begitu kukuh. Sama seperti yang terjadi di dalam cerita 'Little Red Riding Hod' yang tidak kenal neneknya. Huh !

Persoalan seterusnya ialah watak serigala di dalam cerita ini. Kezaliman dan keganasan terhadap kanak-kanak kia berluasa. Bermula dengan kes penderaan, kanak-kanak hilang, seterusnya pembunuhan kanak-kanak di dalam zon perang.

Semakin ramai "serigala" di dalam kehidupan kia sekarang. Sedih mendengar kes seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui dalam keadaan rentung kerana dibakar.

Merujuk kepada situasi peperangan, hanya kanak-kanak tersebut yang dapat menceritakan pengalaman sebenar mereka. Tiada keriangan, yang hanya ialah perjuangan.


Watak kanak-kanak di dalam cerita juga dimanupulasi oleh penerbit filem di negara barat. Usaha menjadikan watak tersebut 'role - model' seperti ahli sihir yang berjaya mengalahkan kejahatan. Bukan sahaja keuntungan dari segi jualan novel, malah hasil tayangan filem tersebut boleh dijadikan satu ukuran kejayaan perniagaan.


Kembali kepada topik asal, isu utama ialah keselamatan kanak-kanak. Salah satu prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi ialah pemakaian jaket keselamatan jika program melibatkan air. Ini merupakan lawatan murid-murid tahun 6 dengan River Cruise Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Aspek keselamatan serta iringan guru dan staf terlatih memaksimumkan penjagaan keselamatan semasa program. Tapi bagaimana pula keadaan murid-murid selepas waktu persekolahan ? 



Thursday, April 12, 2012

Jumble + Humble

Program Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah.


Ia telah dijalankan pada awal bulan Februari 2012. Ia membabitkan pengawas disiplin dan pengawas perpustakaan.

Projek Tell tidak melibatkan semua sekolah. SK Rengas Bekah terpilih di dalam program ini. Penulis blog ini juga terlibat di dalam program ini.



Salah satu aktiviti semasa Program Tell, iaitu Projek MBMMBI. Guru-guru terlatih dan berpengalaman (native speakers) sedang menyelia CPD (Continuous Professional Development).


Sebelum pulang (setelah tamat sessi CPD), salah seorang fasilitator memetik gitar dan menyanyikan beberapa buah lagu. Kebetulan pada minggu tersebut tajuk perbincangan ialah penggunaan muzik di dalam P&P Bahasa Inggeris.

Latihan dan pertandingan larian sihat telah diadakan pada bulan Februari 2012. Ia melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6.



Penulis blog juga telah dilantik sekali lagi sebagai hakim padang untuk kejohanan balapan dan padang MSSDKTS yang diadakan di SMK Sultan Sulaiman.



Hanya gambar kulit buku aturcara yang sempat dirakam menerusi telefon. Pada masa ini, jawatan Pengarah JPNT masih kosong.

Buat kali pertama, penulis blog telah dilantik sebagai pegawai teknikal untuk kejohanan balapan dan padang MSSMT yang diadakan di Gong Badak, Kuala Terengganu. Kejohanan bermula dari petang Rabu, 4 April 2012 dan berakhir pada petang Sabtu, 7 April 2012.





Pengalaman berjumpa dengan pegawai-pegawai lain seluruh negeri Terengganu tidak dapat dilupakan. Penulis blog berpeluang melihat gelagat atlit dan jurulatih sepanjang kejohanan tersebut.Tuan Pengarah JPNT tiba pada hari pertama kejohanan untuk urusan perasmian.

Penulis blog juga berpeluang menimba ilmu di dalam inovasi pedagogi, iaitu Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Kepada Guru-Guru Bahasa Inggeris Tahun 5 Daerah Kuala Terengganu yang berlangsung di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu.



Kursus berlangsung selama 3 hari. Jurulatih utama (JU) turut berkongsi ilmu ICT tentang beberapa perisian lain yang bermanfaat.


(maaf, gambar dirakam menerusi telefon, kualiti kurang memuaskan)
Pegawai dari unit ICT, JPNT telah hadir untuk memantau dan seterusnya menutup kursus tersebut. Salah satu perisian percuma yang menjadi kandungan kursus ialah program Scratch. Ia boleh juga di download di sini:
http://scratch.mit.edu/

Pada hari Khamis, 12 April 2012 telah berlangsung Majlis Persaraan Ustazah Maimon di dalam dewan. Kemudian beliau ditemani guru-guru dan murid-murid sekolah.





Pada 2.30 petang, bertempat di Ri-Yaz Heritage | Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu telah diadakan majlis persaraan dan pertukaran guru-guru dan staf sekolah.



Sunday, January 15, 2012

Jan 2012 - "From Your Kindness We Eternize"

Terdapat kelainan pada hari pendaftaran. Pada tahun ini, penulis blog ini diberi amanah untuk memegang dan mengurus keperluan salah sebuah kelas.
"Tidak perlu bayar apa-apa. Saya mendapat arahan untuk tidak mengutip sebarang bayaran. Ini ialah salinan jadual waktu untuk anak pakcik / makcik"

Ada ibubapa yang hairan dan ada juga yang tersenyum.

Permulaan kalendar 2012 di SK Rengas Bekah dimulakan dengan pemantauan oleh salah seorang nazir dan seorang pegawai dari PPD Kuala Terengganu. Keseluruhan perjalanan hari pertama persekolahan dipantau oleh mereka.

Kemudian, beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini ditukarkan ke sekolah lain di dalam daerah Kuala Terengganu. Ada di antara mereka sudah berbelas tahun berkhidmat di sini.

Sekolah ini juga menerima 2 orang guru perempuan sebagai warga baru SKRB. Diharap mereka cepat menyesuaikan diri dengan 'iklim' di sini.

Beberapa perubahan dapat dilihat pada awal tahun ini. Ketua pengawas dan timbalannya memakai baju kot dan menjadi pengacara majlis Perhimpunan Mingguan di dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

Pada 11 Februari 2012, hari Sabtu telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang diusahakan oleh Ustaz Fauzi (JQAF), Panitia Agama Islam dan semua warga SKRB yang lain.

Hari Sabtu merupakan persekolahan gantian bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Program bermula pada 7.30 pagi apabila murid-murid dan semua guru berkumpul di tapak perhimpunan.







Ustaz Mohd Fauzi menyampaikan tazkirah berkenaan Maulidur Rasul. Pada peringkat perancangan program ini, penulis blog ada mendengar cadangan jemputan penceramah luar. Tetapi disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa menjemput ustaz SKRB.




Sepertimana yang dipersetujui di dalam taklimat, warga SKRB melalui kawasan kampung berdekatan dengan kawasan sekolah.



Pertandingan mewarna untuk murid-murid tahap 1 dan pertandingan menyalin semula ayat di dalam tulisan Jawi untuk murid-murid tahap 2 diadakan selepas waktu rehat.





Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YDP PIBG Encik Mohd Rani.