Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Tuesday, October 18, 2011

Koleksi Kursus dan Program-Program Lain 2011


Kem Ibadah untuk murid-murid tahun 6 meliputi aspek wudhu', solat, mandi wajib dan pengurusan jenazah. Oleh kerana surau telah penuh, maka ruang di dalam perpustakaan turut digunakan untuk amali solat.


Ustaz Mohd Fauzi, salah seorang tenaga pengajar JQAF, memberi penerangan tentang pengurusan jenazah di dalam dewan SKRB.



Program Pembangunan Sahsiah yang disuhakan oleh GPK HEM, Encik Razak dengan menjemput salah seorang pegawai dari JPNT untuk berkongsi ilmu dengan murid-murid tahun 6.Ini merupakan salah satu program pasca UPSR.




  • Kursus dan program dalaman sekolah

  • Kursus dan program luaran





Penulis blog telah turut serta di dalam Kursus Essentials untuk jurulatih utama yang diadakan dengan sokongan kewangan daripada syarikat Top IT (pembekal ebook Terengganu). Kursus dijalankan di BTPN Terengganu yang terletak di Marang. Jika tidak silap penulis blog, kursus seperti ini telah diadakan pada tahun lepas. Ini mungkin edisi yang kedua. Majoriti peserta ialah guru yang terlibat dengan ICT di sekolah dan penerima laptop daripada kerajaan Negeri Terengganu.

Kursus dijalankan selama 4 hari 3 malam, bermula 11 Julai 2011 hingga 14 Julai 2011. Tiada pengecualian untuk slot kursus pada waktu malam kerana ia telah ditetapkan oleh syarikat Intel, pihak BTPN dan TOP IT Industries.

Fasilitator kursus ialah jurulatih daripada syarikat Intel. Mereka merupakan pensyarah IPG yang telah bersara. Antara kandungan kursus ialah mengukuhkan penggunaan teknologi dalam pendidikan serta menggalakkan pelajar-pelajar berfikir.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Intel Teach





"Educating hearts and minds"

Kursus KSSR



Pemberian CD dikatakan lebih menjimatkan daripada pemberian modul bercetak.

Jurulatih Utama (JU) Muzik, iaitu seorang guru Muzik yang sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Dungun, Terengganu. Terdapat empat JU yang hadir di dalam kursus KSSR Pendidikan Muzik untuk murid-murid tahun 2 2012. Salah seorang daripada mereka menyuarakan hasrat untuk mencari pelapis JU kerana usia mereka yang semakin hampir dengan persaraan.

Lawatan Sambil Belajar 2011



Penggunaan 'vest' dengan nombor merupakan pendekatan terbaru yang dilaksanakan beberapa tahun yang lalu sebagai langkah keselamatan dan pencegahan jangka pendek. Gambar tersebut diambil daripada facebook GPK 1, Puan Rohani Muda, yang turut serta menyertai lawatan tersebut.