Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Saturday, December 24, 2011

Positif vs Negatif

Di akhir tahun 2011, di akhir cuti persekolahan, mungkin elok juga dilakukan beberapa refleksi tentang beberapa perkara. Perkara - perkara tersebut tidak semestinya berkaitan secara rasmi dengan sekolah.

Penulis blog ini menulis bukan atas arahan sesiapa atau ingin mempengaruhi sesiapa. Sekadar catatan dipaparkan di internet.

Pertama, terlintas aspek positif dan negatif. Jika kita melihat kepada sebuah bateri, ia mempunyai dua kutub tersebut. Gabungan kutub positif dengan kutub negatif menghasilkan tenaga.

Jika kita kaitkan dengan kehidupan murid - murid, terutamanya dalam bidang peperiksaan, adakah mungkin kejayaan itu diwakilkan dengan positif dan kegagalan diwakilkan dengan negatif ?
Apakah boleh kita hasilkan tenaga ?

Bersambung .. atau tidak ada sambungan .. he he

Thursday, December 1, 2011

ExxonMobil, JPNT dan BTPN Terengganu

Kerjasama di antara syarikat ExxonMobil, Jabatan Pelajaran Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah wujud beberapa tahun yang lalu. Syarikat ExxonMobil membiayai kewangan beberapa program yang dijalankan di dalam negeri Terengganu.

Antara program tersebut ialah pemberian insentif kewangan melalui pencarian murid cemerlang, Program A Moment in English dan pembinaan TERIC.


Buku program Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil 2011. Jika tidak silap, guru kaunseling sekolah yang menghadiri program tersebut. Pemilihan calon telah diadakan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.





Program 'A Moment In English' pada tahun ini diadakan dengan tema 'English Is Fun'.Ia diadakan di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan mendapat penyertaan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negeri Terengganu.





TERIC merupakan pusat rujukan berguna untuk guru-guru Bahasa Inggeris. Pada tahun ini, pihak ExxonMobil memberi sumbangan kewangan untuk membina sebuah lagi pusat TERIC di Hulu Terengganu.






Kursus Teknik P&P Bahasa Inggeris

Kursus ini diadakan kepada guru-guru dari sekolah-sekolah yang terpiih. Ia diadakan secara berperingkat mengikut daerah di dalam negeri Terengganu. Pihak ExxonMobil menaja pembiayaan kewangan untuk program ini. Fasilitator didatangkan khas dari British Council, cawangan Kuala Lumpur. Program dijalankan selama 3 hari. Program ini dijalankan di BTPN Terengganu yang terletak di Marang.





Encik Ja, pegawai BTPN Terengganu menyampaikan hadiah kepada fasilitator di akhir program.


Quote dari
http://btpntrg.net/btpntweb/index.php?option=com_content&task=view&id=717&Itemid=1

"20 orang guru Bahasa Inggeris Daerah Kuala Terengganu telah menyertai Kursus Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Untuk Guru-Guru Bahasa Inggeris Tahap 1 Sekolah Rendah Negeri Terengganu yang telah diadakan di BTPN Terengganu pada 8 hingga 10 Oktober 2011. Kursus bersiri ini yang dilaksanakan untuk kesemua daerah negeri Terengganu itu telah dikendalikan oleh Fasilitator daripada British Council Malaysia, En. Chris Wylie. Beliau telah menyampaikan maklumat berkaitan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk diguna pakai oleh guru-guru Bahasa Inggeris tersebut di sekolah mereka. Kursus ini adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah Projek TERIC 2011 yang ditaja sepenuhnya oleh pihak ExxonMobil.
Berita : UIICTKP"