Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Wednesday, October 10, 2012

After UPSR

Sudah lama penulis blog ini tidak menulis di dalam blog ini. Selepas peperiksaan UPSR tamat, maka dengan ini dapatlah penulis blog meluangkan sedikit masa mencoret beberapa isu dan peristiwa yang berlaku. Usaha ini dilakukan tanpa arahan sesiapa, hanyalah kehendak penulis blog sendiri. Jadi, segala catatan dan pandangan di dalam blog ini bukanlah catatan atau kenyataan rasmi pihak sekolah, SKRB.

Selepas tamat peperiksaan UPSR, satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan program Pasca UPSR 2012. Antaranya ialah Lawatan Menyusuri Muara Sungai Terengganu Dengan River Cruise di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Program Panitia-Panitia, Kem Ibadah (Mandi Wajib dan Solat Jenazah), Taklimat Pertolongan Cemas Dengan Kerjasama JPAM, Kempen Anti Merokok dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Lawatan ke Pulau Langkawi, Penyertaan ke Karnival 1 Murid 1 Sukan (Bola baling, Sepak takraw dan bola sepak) dan pelbagai aktiviti lain.

Program menyusuri muara Sungai Terengganu dengan River Cruise, TTI ini diusahakan oleh cikgu Ahmad Zunaidi dengan AJK dari Panitia Sivik.

Cikgu Tan Siew Hong memberi taklimat tentang pertandingan Word Chain yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Murid-murid menggunakan bahan 'School Times' terbitan NST yang dibekalkan percuma. Murid-murid memilih sendiri pasangan masing-masing dan tidak boleh memilih kata nama khas, perkataan yang membawa maksud sensitif dan menyiapkan kerja dalam masa yang telah dietapkan.

Antara hasil kerja murid dipaparkan seterusnya diadakan penilaian untuk pemenang. Hadiah disampaikan oleh GPK1 Puan Rohani Muda.

Program Penyediaan Sandwich telah diadakan di dalam kelas. Murid-murid tahun 6 telah diinta untuk membawa beberapa kelengkapan untuk program ini. Puan Norlida dengan dibantu oleh Puan Nooruslaini serta Puan Tuty Aisyah memberi penerangan serta tunjuk ajar dalam menyediakan sandwich.

Roti, marjerin serta sardin disediakan untuk murid-murid. Murid-murid menyiapkan sandwich dalam kumpula masing-masiing. 


Antara hasil sandwich. murid-murid berpeluang mempamerkan kreativiti dan mempelajari sesuatu yang boleh mereka aplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Penyelaras adan Pengawas sekolah, iaitu Puan Tan Siew Hong telah berusaha mengadakan jamuan di salah sebuah restoran makanan segera di Bandaraya Kuala Terengganu. Jamuan ini turut dihadii oleh AJK Badan Pengawas yang lain.

Ada di antara murd ini bias menikmati hidangan makanan segera. Namun, masih ada di antara mereka tidak berpeluang kerana masalah kewangan keluarga. Jadi, setelah setahun mereka memikul tugas sebagai pengawas sekolah, tibalah masanya untuk mereka dihargai.
Murid-murid tahun 6 juga diberi pendedahan tentang bahaya merokok di dalam satu program khas Pasca UPSR. Program ini mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu yang turut datang bersama fasilitator, bahan pameran serta alatan siaraya.
Murid-murid tahun 6 dibahagikan di dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengunjungi  setiap 'Pit Stop' yang disediakan dalam masa yang ditetapkan. Setiap 'Pit Stop' diselia oleh seorang fasilitator oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. 
Selepas waktu rehat, murid-murid telah diberi tugasan untuk membuat persembahan kebudayaan. Hadiah juga turut disediakan oleh mereka.
Antara program lain yang telah dijalankan ialah Karnival 1 Murid 1 Sukan (bola sepak, sepak takraw dan bola baling). Pihak sekolah telah menghantar murid-murid di dalam acara tersebut. Namun, penulis blog ini tidak berkesempatan merakamkan gambar pertandingan. Begitu juga dengan program Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi dan Program Pertolongan Cemas (dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia - JPAM).