Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Saturday, November 29, 2008

kehilangan yang besar

Dato' Razali Ismail selamat dikebumikan

29/11/2008 3:54pm

KUALA TERENGGANU 29 Nov.— Jenazah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, 59, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di sini kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham di Lorong Kenanga, Batu Burok di sini, pada pukul 10.45 pagi tadi.

Antara kenamaan yang hadir di kediaman Allahyarham ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sains dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Terdahulu, dari rumahnya jenazah Allahyarham dibawa untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Zainal Abidin selepas solat Zohor.

Banyak ahli keluarga dan kenalan beliau memberikan penghormatan terakhir serta menyaksikan upacara pengebumian itu, dalam keadaan hujan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir secara mengejut ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands kira-kira 6.30 petang semalam.

Allahyarham berada di institut tersebut kerana menghadiri Konvensyen Nasional ke-8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Nooraini Lob Yusoff serta lima anak lelaki berusia antara 15 dan 30 tahun.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di kediamannya dari Hospital Bentong, Pahang kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, (685).

Razali sebelum ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

— BERNAMA
sumber :
http://www.utusan.com.my

Y.B. DATO' RAZALI BIN ISMAIL
Timbalan Menteri Pelajaran II

TARIKH LAHIR
25 Jun 1949

TEMPAT LAHIR
Kuala Berang, Terengganu

PENDIDIKAN
M.Ed. - University of Birmingham, UK (1986-1987)
B.A. (Hons) - Universiti Malaya (1970-1973)

PENGALAMAN PERKHIDMATAN
Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008-kini)
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu (2004-kini)
Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2004-kini)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003-2004)
Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2001-2002)


LATIHAN PROFESIONAL
University of Victoria, New Zealand 2002
University of Harvard, USA 2001
University of Cardiff, Wales 1997
University of Wolverhamptom, UK 1996
University of Stamford, USA 1994
University of Chambrigde, UK 1991
University of Birmingham, UK 1986

KURNIAAN
PJK - Pingat Jaksa Kebaktian (1982-DYMM Sultan Terengganu)
SMT - Pingat Setia Mahkota (2002-DYMM Sultan Terengganu)
KMN - Pingat Kesatria Mangku Negara (2002-DYMM YDP Agong)
DPMT - Darjah Paduka Mahkota (2004-DYMM Sultan Terengganu)

sumber: http://www.moe.gov.my/

Pemergian Dato' Razali satu kerugian: PM



KUALA LUMPUR: Kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada Umno dan kementerian berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata Razali adalah seorang yang berbakat dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpengalaman luas dan anggota Parlimen yang berkaliber

Katanya sebagai Timbalan Menteri, Razali juga arif dengan dasar kementerian yang dipimpinnya itu.

"Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan dia meninggal dunia," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia yang ke-29 di sini, hari ini.


sumber:http://www.bharian.com.my/

10 tahun dahulu, pada 30.11.1998, saya telah kehilangan seorang sahabat, iaitu Allahyarham Mohd Sobri b Hashim selepas terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya.

Sekarang, satu lagi kehilangan berlaku..

Thursday, November 13, 2008

Special Edition : Satu Perjuangan

satu perjuangan

Walaupun keadaan yang sukar, tumbuhan itu tetap berjuang untuk hidup..