Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Sunday, July 31, 2011

Major dan minor

Biasanya dikalangan para pendidik, major dan minor sering dikaitkan dengan opsyen mengajar. Begitu juga dengan pengkhususan bidang di tempat-tempat pengajian yang lain.

Terlintas di dalam fikiran saya mengenai major dan minor semasa. Apabila tiba bulan Ramadhan al Mubarak, kita sering tersilap melihat dari aspek minor, iaitu persiapan hari raya Aidilfitri.

Siapa yang tidak ingin menyambut Aidilfitri, kan ? Sehinggakan ada di antara kita tersilap mementingkan minor (sambutan hari raya) daripada major (amalan di bulan Ramadhan).

Kesan major kepada minor dan sebaliknya

1. Pendidikan

Di dalam bidang pendidikan, saya melihat kesan major kepada minor dari sudut pengaruh rakan sebaya. Jika ramai murid-murid yang positif ke arah pembelajaran maka mereka secara tidak langsung boleh mempengaruhi murid-murid yang kurang berminat belajar.

Sebab itulah kita dapat lihat permintaan ibubapa untuk memasuki sekolah elit, sekolah berasrama penuh dan sekolah ternama meningkat setiap tahun. Adakah langkah tersebut dapat menjamin kejayaan anak-anak mereka ?

Terlintas di fikiran saya, bagaimana pula nasib sekolah yang tiada dalam senarai utama pilihan ibubapa ?

Isu kejayaan beberapa pelajar (kes minoriti) yang cemerlang mendapat deretan A di dalam peperiksaan telah membuktikan sebaliknya. Ia merupakan kesan minor terhadap iklim selepas menerima keputusan di seluruh negara pada masa itu (kesan major).

Pepatah ada mengatakan; "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Begitu besar kesannya (kesan minor ke atas major) telah diterjemahkan dalam konsep yang mudah difahami.

Terlintas di dalam pemikiran saya:
1. Konsep bagaimana sekumpulan pentadbir (minor) mentadbir bilangan yang lebih ramai daripada mereka.

Gambar Guru Besar dan GPK HEM telah diletakkan di dalam blog ini. Jadi saya teruskan dengan gambar Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum.








Penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan pada akhir Januari 2011 di dalam dewan sekolah oleh Sarjan Harun daripada Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Juga boleh dikaitkan peranan pengawas di dalam membantu kesejahteraan sekolah. Bilangan kecil berbanding bilangan keseluruhan murid.

2. Ketenteraan




Penulis blog ini pernah meminjam buku ini daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Antara isu yang penting dinyatakan di dalam buku tersebut ialah kualiti mengatasi kuantiti. Unit elit tentera / komando / unit khas merupakan unit yang paling berkualiti.

Fakta yang menarik ialah seseorang tentera secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada unit elit walaupun latihannya yang lasak.




Gambar sebuah beg milik salah seorang murid. Kumpulan 'kurang berkemampuan' - bahasa yang lebih sopan mungkin merupakan kumpulan minoriti di sesetengah sekolah. Mungkin juga mereka merupakan kumpulan majoriti di tempat yang lain.


2. Terlintas juga konsep 'iceberg' di dalam pemikiran penulis blog. Tersilap penafsiran dan pemahaman terhadap sesuatu isu.



credit to: http://www.planetofsuccess.com/blog/2011/the-iceberg-theory-of-success/

Penerangan tentang teori iceberg ada di laman web tersebut.