Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Tuesday, January 18, 2011

2011

Terlalu lama meninggalkan blog ini, ...

Pertama, apa yang bermain di dalam fikiran saya baru - baru ini ialah kewujudan jurang yang semakin rapat di dalam perkiraan kalendar.Permulaan kalendar Hijrah, iaitu 1 Muharam tidak jauh daripada permulaan 1 Januari.

Kebetulan pula, selepas perkiraan kalendar Masehi, masyarakat Cina dengan kalendar Lunar memulakan tahun baru mereka. Apakah ini satu kebetulan ?

Mari kita lakukan sedikit perkiraan.
a ) perbezaan 1 Muharam dengan 1 Januari 2011 ialah 25 hari
b ) perbezaan 1 Januari dengan kalendar Lunar ialah 33 hari

Beza sebulan di dalam perkiraan kalendar yang berlainan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu saya akan berpegang pada perkiraan kalendar Hijrah. Namun, persoalan di dalam fikiran saya, adakah masa semakin selari, semakin merapatkan jurang ?

Perubahan masa juga telah menyaksikan beberapa perubahan. Persaraan pengarah JPNT, Tuan Ariffin, perlantikkan pengarah JPNT baru,Tuan Haji Razali Daud, penyusunan semula guru besar, pentadbir dan guru-guru di beberapa buah sekolah.

Di bawah pimpinan pengarah JPNT yang baru, Tuan Haji Razali, beliau mengarahkan agar penyusunan semula guru besar dilakukan. Guru besar SK Rengas Bekah, Encik Amiruddin telah ditukarkan ke SK Tengku Ampuan Intan di Kuala Terengganu. Manakala guru besar dari SK Padang Midin, Encik Che Fauzi datang berkhidmat di SK Rengas Bekah.

Berlaku juga pertukaran perjawatan lain sama ada di JPNT dan juga sekolah lain, namun saya tidak mempunyai data yang cukup untuk mencatatnya di dalam blog ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, guru besar, En. Che Fauzi amat rajin. Bermula dengan penyusunan fail sehingga aktiviti persekitaran sekolah yang kondusif. Satu gotong-royong telah diadakan pada hari Rabu, bertarikh 2.2.2011 bermula jam 8.30 malam sehingga 1.30 pagi.



Guru besar turut menyumbang tenaga dan kepakaran beliau di dalam membina tembok ini.
Jurugambar untuk gambar di atas ialah isteri Cikgu Nik Ahmad Suhaidi.

Antara projek landskap lain yang diusahakan oleh guru besar sendiri dengan pertolongan Cikgu Kamaruddin, pekerja swasta dan pengawal keselamatan ialah dekorasi di depan dewan sekolah.











Juga dijalankan projek membina sebuah balai untuk murid-murid menunggu ibubapa dan penjaga mereka. Projek ini mendapat kerjasama PIBG sekolah. Balai ini dilengkapi dengan lampu untuk kemudahan murid-murid menunggu untuk pulang setelah selesai kelas tambahan malam pada hari Ahad hingga Rabu.