Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Tuesday, November 9, 2010

November Rain

Sudah sekian lama tidak menjenguk ke blog ini. Pelbagai peristiwa telah berlaku. Tajuk "November Rain" berdasarkan tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan muzik antabangsa. Hujan di sini, salji di sana. Berlainan kedudukan geografi, tapi akan menempuh kepayahan yang serupa. Jalan darat tersekat, kekurangan bekalan makanan dan gangguan kepada rutin harian.

Semoga kita dapat menempuhinya dengan sabar. Hari ini telah diadakan dua aktiviti di sekolah. Pada sebelah pagi, murid-murid sepatutnya terlibat di dalam aktiviti gotong-royong menghapuskan Aedes. Walaubagaimanapun, masalah cuaca, hujan yang turun telah menghalang aktiviti gotong-royong daripada diadakan.

Selepas waktu pulang, diadakan satu majlis jamuan akhir tahun murid-murid tahun 6. Turut dijemput semua guru dan kakitangan sekolah. Jamuan diadakan di dalam kantin sekolah.

Pada hari Selasa, bertarikh 9.11.2010, Kelab Guru dan Staf telah mengadakan jamuan akhir tahun di Primula Beach Hotel, Batu Burok, Kuala Terengganu.Tidak semua guru dapat menghadirkan diri kerana berkursus.


Kita dapat mengundurkan jarum jam, tapi kita tidak dapat mengundurkan masa yang telah berlalu. Pada hari Sabtu, 30.10.2010 semua guru sekolah rendah dan menengah yang mengajar di dalam daerah Kuala Terengganu Selatan telah berhimpun di dalam dewan Taman Tamdun Islam (TTI)

Turut serta dalam perhimpunan ini ialah pegawai PPD, guru besar dan penolong kanan. Ia ialah kesinambungan siri perjumpaan Menteri Besar dengan pendidik.

Wednesday, September 29, 2010

Vokasional

Pada 28 September 2010, hari Selasa, saya berkesempatan mengiringi murid-murid tahun 6 bersama-sama beberapa orang guru lain ke satu pameran yang dianjurkan oleh JPNT di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Pameran ini berlangsung selama 2 hari. Wakil dari seluruh daerah negeri Terengganu menyertai pameran tersebut. Beberapa sekolah menengah mempamerkan hasil inovasi guru dan pelajar mereka seperti alatan baru. Ada juga sekolah mempamerkan hasil dari bidang pertanian, hiasan dalaman dan senibina.

Walaubagaimanapun, gambar semasa program tersebut tidak dapat diambil kerana masalah teknikal pada kamera saya.

Kebetulan pula, pada malam ini semasa saya melayari laman internet, saya terjumpa sebuah laman weblog yang turut mengisahkan usaha guru-guru membantu murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Puchong Utama 3.

Laman weblog tersebut ialah http://anakkhas.blogspot.com
Seronok melihat pelbagai projek yang telah dan sedang dijalankan.

Monday, September 27, 2010

Program A Moment In English 2010

Pada 27 September 2010, satu program anjuran bersama ExxonMobil dan JPNT telah diadakan di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ia adalah acara tahunan sejak tahun 2005.

Ia melibatkan penyertaan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu. Ada juga usaha PPD daerah serta PKG untuk membantu dan memilih penyertaan terbaik.Persembahan terdiri dari sketsa, nyanyian, "choral speaking", dikir barat atau mana-mana persembahan kreatif yang sesuai.

Wakil dari ExxonMobil dan JPNT turut turun padang di dalam majlis ini.








Antara persembahan dari sekolah rendah.



Antara sketsa "Si Tanggang" oleh pelajar sekolah menengah.

Jelas kelihatan hasil usaha bimbingan guru-guru yang terlibat di samping minat dan kesungguhan murid dan pelajar di dalam persembahan masing-masing. Ada penyertaan yang mempunyai sokongan kewangan yang baik, dapat dilihat dari pemakaian kostum dan alatan di atas pentas semasa persembahan.

Manakala terdapat juga penyertaan yang ringkas, tetapi sungguh "mendalam" maksudnya. Terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya. Bagi saya, kesemua pelakon yang terlibat dapat berlakon dengan baik. Bukan sedikit masa yang mereka korbankan untuk hasilkan persembahan tersebut. Salute !

Jika dilihat dari perspektif yang lain...
Kan memang wujud lakonan di dalam kehidupan kita seharian. Ada yang berlakon rajin bila "bos" muncul. Namun, masih wujud golongan yang ikhlas. Cuma, jarang-jarang. Atau kata kadang-kadang macam dalam cerita filem P. Ramlee.

Lakonan cerita Si Tanggang membuatkan saya terfikir, terdapatnya kejayaan yang dimiliki oleh anak-anak yang menyebabkan penderitaan kepada ibu bapa mereka. Pernah terpampang di media mengenai gejala ini.

Apakah perlu makna kejayaan itu dinilai semula ?

Sunday, August 15, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Syukur alhamdulillah, saya telah dipilih di antara penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2009. Seramai 5 orang guru dari SK Rengas Bekah telah terpilih untuk menerima anugerah ini.

Rasa tak percaya. Namun, syukur...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 telah diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 10 Ogos 2010 (Selasa) mulai jam 2.30 petang. Semua penerima APC dari seluruh negeri berkumpul di dalam dewan tersebut.



Oleh kerana nombor kerusi telah ditetapkan, jauh dari pentas utama, kamera hanphone cuma 2 megapixel, maka terjadilah gambar yang kurang memuaskan.



Tuan Pengarah JPNT memberi ucapan. Beliau turut tidak melupakan jasa staf sokongan di sekolah.



MB Terengganu menyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan guru-guru seluruh negeri Terengganu. Beliau juga menambah bilangan guru besar dan pengetua di dalam lawatan ke luar negara jika prestasi peperiksaan awam cemerlang pada tahun ini.

Kematian

Salah seorang guru yang berkhidmat di SK Rengas Bekah, Puan Roziha, telah meninggal dunia pada 24.7.2010. Beliau ialah seorang guru Bahasa Inggeris yang aktif dan berpengalaman.

Pada 8.8.2010, ayah kpd Pengarah JPNT meninggal dunia.

Moga roh mereka dicucuri rahmat. Alfatihah.

Wednesday, July 21, 2010

Sokongan @ support

Pada 18.7.2010, pihak sekolah menerima kedatangan dua pihak luar secara serentak. Mereka ialah dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan sebuah syarikat minuman. Jadual kedatangan unit bas bergerak telah diedarkan oleh pihak perbadanan perpustakaan kepada pihak sekolah.





Apa yang menarik perhatian saya ialah, kedatangan mereka seolah-olah bantuan minda dan fizikal. Unit bas bergerak memberi kemudahan pembacaan (antara sumber menjana minda) manakala unit bergerak syarikat minuman memberi "tenaga" untuk fizikal.


Pada 20.7.2010 (Selasa, beberapa orang guru bersama - sama guru besar dan penolong kanan 1 telah menerima jemputan dari sebuah syarikat perisian pendidikan di Kota Bharu. Di akhir taklimat tersebut, pengurusan syarikat sudi memberi 30 akaun percuma untuk perisian 'Zoom A" khas untuk murid - murid yang kurang kemampuan.








Terdapat beberapa keping bahagian atap pada bangunan 4 tingkat telah tercabut. Pihak sekolah telah berusaha untuk membaikinya. Tetapi dihalang oleh dinding konkrit. Dengan bantuan Unit Pembangunan, PPD dan JPNT, telah meminta bantuan dari pasukan bomba untuk meletakkan semula kepingan atap di dalam keadaan selamat .



Monday, July 12, 2010

Kem Tutorial UPSR PPTT 2010 Daerah Kuala Terengganu

Pada pukul 2.30 petang, hari Rabu bertarikh 7.7.2010 telah berlangsung satu taklimat untuk fasilitator Kem Tutorial UPSR PPTT 2010. Para fasilitator terdiri dari guru-guru tahun 6 yang mengajar di sekolah sekitar Kuala Terengganu.





Apa yang menarik perhatian saya ialah kata-kata yang terdapat pada dewan SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. "PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN DARI DIRI"


Kem Tutorial ialah acara tahunan apabila hampir kepada UPSR. Murid-murid terpilih akan berkumpul di sebuah sekolah dan belajar beberapa modul untuk 4 subjek teras UPSR.

Pada tahun ini, kem tutorial ini berlangsung mulai petang Khamis, bertarikh 8.7.2010 dan berakhir pada jam 6.00 petang hari Sabtu, bertarikh 10.7.2010.