Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Friday, August 19, 2011

Persaraan GPK HEM, Hajah Che Hayati




Pada 2 Ogos 2011, telah berlangsung acara sambutan rasmi persaraan GPK HEM, Hajah Che Hayati. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan bonda telah banyak menyumbang tenaga, fikiran dan wang kepada pembangunan SKRB.



Sebelum beliau berkhidmat sebagai GPK HEM di sini, beliau telah menyandang jawatan GPK 1 di SK Padang Mengkuang. Oleh kerana tiada kekosongan jawatan GPK 1, beliau sanggup mengisi jawatan sebagai GPK HEM. Antara kejayaan terbesar yang diusahakan beliau di SK Padang Mengkuang ialah memenangi Pertandingan 3K peringkat negeri Terengganu pada tahun 2009.
Sumber: skpm.pkgbp.net

Berikut merupakan antara gambar-gambar semasa majlis persaraan GPK HEM. Gambar-gambar di bawah telah saya "culik" dari akaun facebook CIkgu Norlida Hassan. He he he.


Antara dua generasi di atas pentas.


Detik-detik kenangan sebagai penjawat awam berstatus GPK HEM.



Anak kepada Hajah Che Hayati, iaitu seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pernah datang untuk memberikan motivasi kepada calon-calon UPSR di sekolah ini.

Hajah Che Hayati telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi pengalaman kehidupan kampus kepada murid-murid SKRB. Beliau telah mengusahakan sebuah program di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). SKRB merupakan sekolah pertama yang berjaya menjalankan program di kampus UMT.



Gambar kurang memuaskan. Kelihatan calon-calon UPSR menggunakan auditorium UMT. Suasana kehidupan kampus yang diharapkan dapat menjadi motivasi kepada calon-calon UPSR tersebut.

Sunday, July 31, 2011

Major dan minor

Biasanya dikalangan para pendidik, major dan minor sering dikaitkan dengan opsyen mengajar. Begitu juga dengan pengkhususan bidang di tempat-tempat pengajian yang lain.

Terlintas di dalam fikiran saya mengenai major dan minor semasa. Apabila tiba bulan Ramadhan al Mubarak, kita sering tersilap melihat dari aspek minor, iaitu persiapan hari raya Aidilfitri.

Siapa yang tidak ingin menyambut Aidilfitri, kan ? Sehinggakan ada di antara kita tersilap mementingkan minor (sambutan hari raya) daripada major (amalan di bulan Ramadhan).

Kesan major kepada minor dan sebaliknya

1. Pendidikan

Di dalam bidang pendidikan, saya melihat kesan major kepada minor dari sudut pengaruh rakan sebaya. Jika ramai murid-murid yang positif ke arah pembelajaran maka mereka secara tidak langsung boleh mempengaruhi murid-murid yang kurang berminat belajar.

Sebab itulah kita dapat lihat permintaan ibubapa untuk memasuki sekolah elit, sekolah berasrama penuh dan sekolah ternama meningkat setiap tahun. Adakah langkah tersebut dapat menjamin kejayaan anak-anak mereka ?

Terlintas di fikiran saya, bagaimana pula nasib sekolah yang tiada dalam senarai utama pilihan ibubapa ?

Isu kejayaan beberapa pelajar (kes minoriti) yang cemerlang mendapat deretan A di dalam peperiksaan telah membuktikan sebaliknya. Ia merupakan kesan minor terhadap iklim selepas menerima keputusan di seluruh negara pada masa itu (kesan major).

Pepatah ada mengatakan; "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Begitu besar kesannya (kesan minor ke atas major) telah diterjemahkan dalam konsep yang mudah difahami.

Terlintas di dalam pemikiran saya:
1. Konsep bagaimana sekumpulan pentadbir (minor) mentadbir bilangan yang lebih ramai daripada mereka.

Gambar Guru Besar dan GPK HEM telah diletakkan di dalam blog ini. Jadi saya teruskan dengan gambar Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum.








Penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan pada akhir Januari 2011 di dalam dewan sekolah oleh Sarjan Harun daripada Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Juga boleh dikaitkan peranan pengawas di dalam membantu kesejahteraan sekolah. Bilangan kecil berbanding bilangan keseluruhan murid.

2. Ketenteraan




Penulis blog ini pernah meminjam buku ini daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Antara isu yang penting dinyatakan di dalam buku tersebut ialah kualiti mengatasi kuantiti. Unit elit tentera / komando / unit khas merupakan unit yang paling berkualiti.

Fakta yang menarik ialah seseorang tentera secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada unit elit walaupun latihannya yang lasak.




Gambar sebuah beg milik salah seorang murid. Kumpulan 'kurang berkemampuan' - bahasa yang lebih sopan mungkin merupakan kumpulan minoriti di sesetengah sekolah. Mungkin juga mereka merupakan kumpulan majoriti di tempat yang lain.


2. Terlintas juga konsep 'iceberg' di dalam pemikiran penulis blog. Tersilap penafsiran dan pemahaman terhadap sesuatu isu.



credit to: http://www.planetofsuccess.com/blog/2011/the-iceberg-theory-of-success/

Penerangan tentang teori iceberg ada di laman web tersebut.

Thursday, June 30, 2011

Koleksi Gambar-Gambar Peribadi


Post kali ini saya upload beberapa keping gambar dalam simpanan laptop.


Gambar di atas saya ambil ketika menunggu masa peperiksaan PTK di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu pada tahun lepas. Menarik susunan kelas yang dipamerkan pada banner ini.


Gambar di atas menarik perhatian saya. Kelihatan cahaya matahari menembusi kegelapan awan. Simbol harapan.


Basikal ini dimiliki oleh salah seorang bapa / penjaga kepada salah seorang murid pra sekolah. Pemikiran kreatif untuk mengatasi masalah semasa yang dihadapi. Syabas kepada bapa / penjaga kepada murid terbabit kerana tetap berjuang menghantar anaknya ke sekolah walaupun menghadapi masalah.


Saya snap gambar di atas di SK Gelugor, Kuala Terengganu, iaitu tuan rumah pertandingan Smart English anjuran bersama Jabatan Pelajaran Terengganu dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). Ganjaran yang menarik perhatian.



Gambar ini diambil di sebuah hypermarket (lokasi dirahsiakan). Kreatif, tersusun dan menjimatkan. Kotak-kotak ditebuk dan diisi dengan barangan stok.

Monday, June 20, 2011

Rakan Blogger

Sumber Berita Harian, keluaran April 2011.

Sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, penulis blog ini juga ingin membantu membentuk masa depan negara. Insya Allah.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Pendidik



Kebetulan melihat siaran "Dia Masih Disana", stesen TV AlHijrah pada malam 16 Mei 2011, saya kagum melihat ketabahan seorang guru. Kebetulan mereka juga mempunyai blog, iaitu
http://skpkm.blogspot.com/

Monday, May 2, 2011

Guru Besar



Guru Besar SK Rengas Bekah yang baru, Encik Che Fauzi mula bertugas pada awal tahun ini. Sebelum ini beliau bertugas di SK Padang Midin.



Guru Besar ada membuat sambutan ulangtahun kelahiran untuk guru-guru dan kakitangan yang lahir pada awal tahun. Sambutan diadakan di kantin sekolah.



Guru Besar turut menyumbang tenaga dan kemahiran dalam kerja gotong-royong dan kerja landskap sekolah. Jurugambar untuk gambar di atas ialah isteri kepada Cikgu Nik Ahmad Suhaidi.

Tuesday, January 18, 2011

2011

Terlalu lama meninggalkan blog ini, ...

Pertama, apa yang bermain di dalam fikiran saya baru - baru ini ialah kewujudan jurang yang semakin rapat di dalam perkiraan kalendar.Permulaan kalendar Hijrah, iaitu 1 Muharam tidak jauh daripada permulaan 1 Januari.

Kebetulan pula, selepas perkiraan kalendar Masehi, masyarakat Cina dengan kalendar Lunar memulakan tahun baru mereka. Apakah ini satu kebetulan ?

Mari kita lakukan sedikit perkiraan.
a ) perbezaan 1 Muharam dengan 1 Januari 2011 ialah 25 hari
b ) perbezaan 1 Januari dengan kalendar Lunar ialah 33 hari

Beza sebulan di dalam perkiraan kalendar yang berlainan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu saya akan berpegang pada perkiraan kalendar Hijrah. Namun, persoalan di dalam fikiran saya, adakah masa semakin selari, semakin merapatkan jurang ?

Perubahan masa juga telah menyaksikan beberapa perubahan. Persaraan pengarah JPNT, Tuan Ariffin, perlantikkan pengarah JPNT baru,Tuan Haji Razali Daud, penyusunan semula guru besar, pentadbir dan guru-guru di beberapa buah sekolah.

Di bawah pimpinan pengarah JPNT yang baru, Tuan Haji Razali, beliau mengarahkan agar penyusunan semula guru besar dilakukan. Guru besar SK Rengas Bekah, Encik Amiruddin telah ditukarkan ke SK Tengku Ampuan Intan di Kuala Terengganu. Manakala guru besar dari SK Padang Midin, Encik Che Fauzi datang berkhidmat di SK Rengas Bekah.

Berlaku juga pertukaran perjawatan lain sama ada di JPNT dan juga sekolah lain, namun saya tidak mempunyai data yang cukup untuk mencatatnya di dalam blog ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, guru besar, En. Che Fauzi amat rajin. Bermula dengan penyusunan fail sehingga aktiviti persekitaran sekolah yang kondusif. Satu gotong-royong telah diadakan pada hari Rabu, bertarikh 2.2.2011 bermula jam 8.30 malam sehingga 1.30 pagi.



Guru besar turut menyumbang tenaga dan kepakaran beliau di dalam membina tembok ini.
Jurugambar untuk gambar di atas ialah isteri Cikgu Nik Ahmad Suhaidi.

Antara projek landskap lain yang diusahakan oleh guru besar sendiri dengan pertolongan Cikgu Kamaruddin, pekerja swasta dan pengawal keselamatan ialah dekorasi di depan dewan sekolah.











Juga dijalankan projek membina sebuah balai untuk murid-murid menunggu ibubapa dan penjaga mereka. Projek ini mendapat kerjasama PIBG sekolah. Balai ini dilengkapi dengan lampu untuk kemudahan murid-murid menunggu untuk pulang setelah selesai kelas tambahan malam pada hari Ahad hingga Rabu.