Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Thursday, April 12, 2012

Jumble + Humble

Program Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah.


Ia telah dijalankan pada awal bulan Februari 2012. Ia membabitkan pengawas disiplin dan pengawas perpustakaan.

Projek Tell tidak melibatkan semua sekolah. SK Rengas Bekah terpilih di dalam program ini. Penulis blog ini juga terlibat di dalam program ini.



Salah satu aktiviti semasa Program Tell, iaitu Projek MBMMBI. Guru-guru terlatih dan berpengalaman (native speakers) sedang menyelia CPD (Continuous Professional Development).


Sebelum pulang (setelah tamat sessi CPD), salah seorang fasilitator memetik gitar dan menyanyikan beberapa buah lagu. Kebetulan pada minggu tersebut tajuk perbincangan ialah penggunaan muzik di dalam P&P Bahasa Inggeris.

Latihan dan pertandingan larian sihat telah diadakan pada bulan Februari 2012. Ia melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6.



Penulis blog juga telah dilantik sekali lagi sebagai hakim padang untuk kejohanan balapan dan padang MSSDKTS yang diadakan di SMK Sultan Sulaiman.



Hanya gambar kulit buku aturcara yang sempat dirakam menerusi telefon. Pada masa ini, jawatan Pengarah JPNT masih kosong.

Buat kali pertama, penulis blog telah dilantik sebagai pegawai teknikal untuk kejohanan balapan dan padang MSSMT yang diadakan di Gong Badak, Kuala Terengganu. Kejohanan bermula dari petang Rabu, 4 April 2012 dan berakhir pada petang Sabtu, 7 April 2012.





Pengalaman berjumpa dengan pegawai-pegawai lain seluruh negeri Terengganu tidak dapat dilupakan. Penulis blog berpeluang melihat gelagat atlit dan jurulatih sepanjang kejohanan tersebut.Tuan Pengarah JPNT tiba pada hari pertama kejohanan untuk urusan perasmian.

Penulis blog juga berpeluang menimba ilmu di dalam inovasi pedagogi, iaitu Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Kepada Guru-Guru Bahasa Inggeris Tahun 5 Daerah Kuala Terengganu yang berlangsung di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu.



Kursus berlangsung selama 3 hari. Jurulatih utama (JU) turut berkongsi ilmu ICT tentang beberapa perisian lain yang bermanfaat.


(maaf, gambar dirakam menerusi telefon, kualiti kurang memuaskan)
Pegawai dari unit ICT, JPNT telah hadir untuk memantau dan seterusnya menutup kursus tersebut. Salah satu perisian percuma yang menjadi kandungan kursus ialah program Scratch. Ia boleh juga di download di sini:
http://scratch.mit.edu/

Pada hari Khamis, 12 April 2012 telah berlangsung Majlis Persaraan Ustazah Maimon di dalam dewan. Kemudian beliau ditemani guru-guru dan murid-murid sekolah.





Pada 2.30 petang, bertempat di Ri-Yaz Heritage | Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu telah diadakan majlis persaraan dan pertukaran guru-guru dan staf sekolah.



Sunday, January 15, 2012

Jan 2012 - "From Your Kindness We Eternize"

Terdapat kelainan pada hari pendaftaran. Pada tahun ini, penulis blog ini diberi amanah untuk memegang dan mengurus keperluan salah sebuah kelas.
"Tidak perlu bayar apa-apa. Saya mendapat arahan untuk tidak mengutip sebarang bayaran. Ini ialah salinan jadual waktu untuk anak pakcik / makcik"

Ada ibubapa yang hairan dan ada juga yang tersenyum.

Permulaan kalendar 2012 di SK Rengas Bekah dimulakan dengan pemantauan oleh salah seorang nazir dan seorang pegawai dari PPD Kuala Terengganu. Keseluruhan perjalanan hari pertama persekolahan dipantau oleh mereka.

Kemudian, beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini ditukarkan ke sekolah lain di dalam daerah Kuala Terengganu. Ada di antara mereka sudah berbelas tahun berkhidmat di sini.

Sekolah ini juga menerima 2 orang guru perempuan sebagai warga baru SKRB. Diharap mereka cepat menyesuaikan diri dengan 'iklim' di sini.

Beberapa perubahan dapat dilihat pada awal tahun ini. Ketua pengawas dan timbalannya memakai baju kot dan menjadi pengacara majlis Perhimpunan Mingguan di dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

Pada 11 Februari 2012, hari Sabtu telah berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang diusahakan oleh Ustaz Fauzi (JQAF), Panitia Agama Islam dan semua warga SKRB yang lain.

Hari Sabtu merupakan persekolahan gantian bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Program bermula pada 7.30 pagi apabila murid-murid dan semua guru berkumpul di tapak perhimpunan.







Ustaz Mohd Fauzi menyampaikan tazkirah berkenaan Maulidur Rasul. Pada peringkat perancangan program ini, penulis blog ada mendengar cadangan jemputan penceramah luar. Tetapi disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa menjemput ustaz SKRB.




Sepertimana yang dipersetujui di dalam taklimat, warga SKRB melalui kawasan kampung berdekatan dengan kawasan sekolah.



Pertandingan mewarna untuk murid-murid tahap 1 dan pertandingan menyalin semula ayat di dalam tulisan Jawi untuk murid-murid tahap 2 diadakan selepas waktu rehat.





Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YDP PIBG Encik Mohd Rani.

Saturday, December 24, 2011

Positif vs Negatif

Di akhir tahun 2011, di akhir cuti persekolahan, mungkin elok juga dilakukan beberapa refleksi tentang beberapa perkara. Perkara - perkara tersebut tidak semestinya berkaitan secara rasmi dengan sekolah.

Penulis blog ini menulis bukan atas arahan sesiapa atau ingin mempengaruhi sesiapa. Sekadar catatan dipaparkan di internet.

Pertama, terlintas aspek positif dan negatif. Jika kita melihat kepada sebuah bateri, ia mempunyai dua kutub tersebut. Gabungan kutub positif dengan kutub negatif menghasilkan tenaga.

Jika kita kaitkan dengan kehidupan murid - murid, terutamanya dalam bidang peperiksaan, adakah mungkin kejayaan itu diwakilkan dengan positif dan kegagalan diwakilkan dengan negatif ?
Apakah boleh kita hasilkan tenaga ?

Bersambung .. atau tidak ada sambungan .. he he

Thursday, December 1, 2011

ExxonMobil, JPNT dan BTPN Terengganu

Kerjasama di antara syarikat ExxonMobil, Jabatan Pelajaran Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah wujud beberapa tahun yang lalu. Syarikat ExxonMobil membiayai kewangan beberapa program yang dijalankan di dalam negeri Terengganu.

Antara program tersebut ialah pemberian insentif kewangan melalui pencarian murid cemerlang, Program A Moment in English dan pembinaan TERIC.


Buku program Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil 2011. Jika tidak silap, guru kaunseling sekolah yang menghadiri program tersebut. Pemilihan calon telah diadakan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.





Program 'A Moment In English' pada tahun ini diadakan dengan tema 'English Is Fun'.Ia diadakan di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan mendapat penyertaan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negeri Terengganu.





TERIC merupakan pusat rujukan berguna untuk guru-guru Bahasa Inggeris. Pada tahun ini, pihak ExxonMobil memberi sumbangan kewangan untuk membina sebuah lagi pusat TERIC di Hulu Terengganu.






Kursus Teknik P&P Bahasa Inggeris

Kursus ini diadakan kepada guru-guru dari sekolah-sekolah yang terpiih. Ia diadakan secara berperingkat mengikut daerah di dalam negeri Terengganu. Pihak ExxonMobil menaja pembiayaan kewangan untuk program ini. Fasilitator didatangkan khas dari British Council, cawangan Kuala Lumpur. Program dijalankan selama 3 hari. Program ini dijalankan di BTPN Terengganu yang terletak di Marang.





Encik Ja, pegawai BTPN Terengganu menyampaikan hadiah kepada fasilitator di akhir program.


Quote dari
http://btpntrg.net/btpntweb/index.php?option=com_content&task=view&id=717&Itemid=1

"20 orang guru Bahasa Inggeris Daerah Kuala Terengganu telah menyertai Kursus Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Untuk Guru-Guru Bahasa Inggeris Tahap 1 Sekolah Rendah Negeri Terengganu yang telah diadakan di BTPN Terengganu pada 8 hingga 10 Oktober 2011. Kursus bersiri ini yang dilaksanakan untuk kesemua daerah negeri Terengganu itu telah dikendalikan oleh Fasilitator daripada British Council Malaysia, En. Chris Wylie. Beliau telah menyampaikan maklumat berkaitan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk diguna pakai oleh guru-guru Bahasa Inggeris tersebut di sekolah mereka. Kursus ini adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah Projek TERIC 2011 yang ditaja sepenuhnya oleh pihak ExxonMobil.
Berita : UIICTKP"

Tuesday, October 18, 2011

Koleksi Kursus dan Program-Program Lain 2011


Kem Ibadah untuk murid-murid tahun 6 meliputi aspek wudhu', solat, mandi wajib dan pengurusan jenazah. Oleh kerana surau telah penuh, maka ruang di dalam perpustakaan turut digunakan untuk amali solat.


Ustaz Mohd Fauzi, salah seorang tenaga pengajar JQAF, memberi penerangan tentang pengurusan jenazah di dalam dewan SKRB.



Program Pembangunan Sahsiah yang disuhakan oleh GPK HEM, Encik Razak dengan menjemput salah seorang pegawai dari JPNT untuk berkongsi ilmu dengan murid-murid tahun 6.Ini merupakan salah satu program pasca UPSR.




  • Kursus dan program dalaman sekolah

  • Kursus dan program luaran





Penulis blog telah turut serta di dalam Kursus Essentials untuk jurulatih utama yang diadakan dengan sokongan kewangan daripada syarikat Top IT (pembekal ebook Terengganu). Kursus dijalankan di BTPN Terengganu yang terletak di Marang. Jika tidak silap penulis blog, kursus seperti ini telah diadakan pada tahun lepas. Ini mungkin edisi yang kedua. Majoriti peserta ialah guru yang terlibat dengan ICT di sekolah dan penerima laptop daripada kerajaan Negeri Terengganu.

Kursus dijalankan selama 4 hari 3 malam, bermula 11 Julai 2011 hingga 14 Julai 2011. Tiada pengecualian untuk slot kursus pada waktu malam kerana ia telah ditetapkan oleh syarikat Intel, pihak BTPN dan TOP IT Industries.

Fasilitator kursus ialah jurulatih daripada syarikat Intel. Mereka merupakan pensyarah IPG yang telah bersara. Antara kandungan kursus ialah mengukuhkan penggunaan teknologi dalam pendidikan serta menggalakkan pelajar-pelajar berfikir.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Intel Teach





"Educating hearts and minds"

Kursus KSSR



Pemberian CD dikatakan lebih menjimatkan daripada pemberian modul bercetak.

Jurulatih Utama (JU) Muzik, iaitu seorang guru Muzik yang sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Dungun, Terengganu. Terdapat empat JU yang hadir di dalam kursus KSSR Pendidikan Muzik untuk murid-murid tahun 2 2012. Salah seorang daripada mereka menyuarakan hasrat untuk mencari pelapis JU kerana usia mereka yang semakin hampir dengan persaraan.

Lawatan Sambil Belajar 2011



Penggunaan 'vest' dengan nombor merupakan pendekatan terbaru yang dilaksanakan beberapa tahun yang lalu sebagai langkah keselamatan dan pencegahan jangka pendek. Gambar tersebut diambil daripada facebook GPK 1, Puan Rohani Muda, yang turut serta menyertai lawatan tersebut.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan



Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan diadakan serentak. Gambar-gambar yang disiarkan atas usaha Cikgu Zunaimah dan Cikgu Norlida. Program dimulakan dengan aktiviti di tengah padang sekolah. Murid-murid berkumpul dan kemudiannya berarak menuju ke tapak perhimpunan dengan bendera.


Pertandingan melukis dan mewarnai poster. Hadiah disediakan oleh Panitia Sivik.



Persembahan nyanyian lagu-lagu raya di atas pentas di dalam dewan sekolah.


Jamuan kuih raya diadakan secara sederhana.