Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SKRB

Monday, June 20, 2011

Rakan Blogger

Sumber Berita Harian, keluaran April 2011.

Sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, penulis blog ini juga ingin membantu membentuk masa depan negara. Insya Allah.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Pendidik



Kebetulan melihat siaran "Dia Masih Disana", stesen TV AlHijrah pada malam 16 Mei 2011, saya kagum melihat ketabahan seorang guru. Kebetulan mereka juga mempunyai blog, iaitu
http://skpkm.blogspot.com/

Monday, May 2, 2011

Guru Besar



Guru Besar SK Rengas Bekah yang baru, Encik Che Fauzi mula bertugas pada awal tahun ini. Sebelum ini beliau bertugas di SK Padang Midin.



Guru Besar ada membuat sambutan ulangtahun kelahiran untuk guru-guru dan kakitangan yang lahir pada awal tahun. Sambutan diadakan di kantin sekolah.



Guru Besar turut menyumbang tenaga dan kemahiran dalam kerja gotong-royong dan kerja landskap sekolah. Jurugambar untuk gambar di atas ialah isteri kepada Cikgu Nik Ahmad Suhaidi.

Tuesday, January 18, 2011

2011

Terlalu lama meninggalkan blog ini, ...

Pertama, apa yang bermain di dalam fikiran saya baru - baru ini ialah kewujudan jurang yang semakin rapat di dalam perkiraan kalendar.Permulaan kalendar Hijrah, iaitu 1 Muharam tidak jauh daripada permulaan 1 Januari.

Kebetulan pula, selepas perkiraan kalendar Masehi, masyarakat Cina dengan kalendar Lunar memulakan tahun baru mereka. Apakah ini satu kebetulan ?

Mari kita lakukan sedikit perkiraan.
a ) perbezaan 1 Muharam dengan 1 Januari 2011 ialah 25 hari
b ) perbezaan 1 Januari dengan kalendar Lunar ialah 33 hari

Beza sebulan di dalam perkiraan kalendar yang berlainan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu saya akan berpegang pada perkiraan kalendar Hijrah. Namun, persoalan di dalam fikiran saya, adakah masa semakin selari, semakin merapatkan jurang ?

Perubahan masa juga telah menyaksikan beberapa perubahan. Persaraan pengarah JPNT, Tuan Ariffin, perlantikkan pengarah JPNT baru,Tuan Haji Razali Daud, penyusunan semula guru besar, pentadbir dan guru-guru di beberapa buah sekolah.

Di bawah pimpinan pengarah JPNT yang baru, Tuan Haji Razali, beliau mengarahkan agar penyusunan semula guru besar dilakukan. Guru besar SK Rengas Bekah, Encik Amiruddin telah ditukarkan ke SK Tengku Ampuan Intan di Kuala Terengganu. Manakala guru besar dari SK Padang Midin, Encik Che Fauzi datang berkhidmat di SK Rengas Bekah.

Berlaku juga pertukaran perjawatan lain sama ada di JPNT dan juga sekolah lain, namun saya tidak mempunyai data yang cukup untuk mencatatnya di dalam blog ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, guru besar, En. Che Fauzi amat rajin. Bermula dengan penyusunan fail sehingga aktiviti persekitaran sekolah yang kondusif. Satu gotong-royong telah diadakan pada hari Rabu, bertarikh 2.2.2011 bermula jam 8.30 malam sehingga 1.30 pagi.



Guru besar turut menyumbang tenaga dan kepakaran beliau di dalam membina tembok ini.
Jurugambar untuk gambar di atas ialah isteri Cikgu Nik Ahmad Suhaidi.

Antara projek landskap lain yang diusahakan oleh guru besar sendiri dengan pertolongan Cikgu Kamaruddin, pekerja swasta dan pengawal keselamatan ialah dekorasi di depan dewan sekolah.











Juga dijalankan projek membina sebuah balai untuk murid-murid menunggu ibubapa dan penjaga mereka. Projek ini mendapat kerjasama PIBG sekolah. Balai ini dilengkapi dengan lampu untuk kemudahan murid-murid menunggu untuk pulang setelah selesai kelas tambahan malam pada hari Ahad hingga Rabu.






Tuesday, November 9, 2010

November Rain

Sudah sekian lama tidak menjenguk ke blog ini. Pelbagai peristiwa telah berlaku. Tajuk "November Rain" berdasarkan tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan muzik antabangsa. Hujan di sini, salji di sana. Berlainan kedudukan geografi, tapi akan menempuh kepayahan yang serupa. Jalan darat tersekat, kekurangan bekalan makanan dan gangguan kepada rutin harian.

Semoga kita dapat menempuhinya dengan sabar. Hari ini telah diadakan dua aktiviti di sekolah. Pada sebelah pagi, murid-murid sepatutnya terlibat di dalam aktiviti gotong-royong menghapuskan Aedes. Walaubagaimanapun, masalah cuaca, hujan yang turun telah menghalang aktiviti gotong-royong daripada diadakan.

Selepas waktu pulang, diadakan satu majlis jamuan akhir tahun murid-murid tahun 6. Turut dijemput semua guru dan kakitangan sekolah. Jamuan diadakan di dalam kantin sekolah.

Pada hari Selasa, bertarikh 9.11.2010, Kelab Guru dan Staf telah mengadakan jamuan akhir tahun di Primula Beach Hotel, Batu Burok, Kuala Terengganu.Tidak semua guru dapat menghadirkan diri kerana berkursus.


Kita dapat mengundurkan jarum jam, tapi kita tidak dapat mengundurkan masa yang telah berlalu. Pada hari Sabtu, 30.10.2010 semua guru sekolah rendah dan menengah yang mengajar di dalam daerah Kuala Terengganu Selatan telah berhimpun di dalam dewan Taman Tamdun Islam (TTI)

Turut serta dalam perhimpunan ini ialah pegawai PPD, guru besar dan penolong kanan. Ia ialah kesinambungan siri perjumpaan Menteri Besar dengan pendidik.

Wednesday, September 29, 2010

Vokasional

Pada 28 September 2010, hari Selasa, saya berkesempatan mengiringi murid-murid tahun 6 bersama-sama beberapa orang guru lain ke satu pameran yang dianjurkan oleh JPNT di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Pameran ini berlangsung selama 2 hari. Wakil dari seluruh daerah negeri Terengganu menyertai pameran tersebut. Beberapa sekolah menengah mempamerkan hasil inovasi guru dan pelajar mereka seperti alatan baru. Ada juga sekolah mempamerkan hasil dari bidang pertanian, hiasan dalaman dan senibina.

Walaubagaimanapun, gambar semasa program tersebut tidak dapat diambil kerana masalah teknikal pada kamera saya.

Kebetulan pula, pada malam ini semasa saya melayari laman internet, saya terjumpa sebuah laman weblog yang turut mengisahkan usaha guru-guru membantu murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Puchong Utama 3.

Laman weblog tersebut ialah http://anakkhas.blogspot.com
Seronok melihat pelbagai projek yang telah dan sedang dijalankan.

Monday, September 27, 2010

Program A Moment In English 2010

Pada 27 September 2010, satu program anjuran bersama ExxonMobil dan JPNT telah diadakan di Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ia adalah acara tahunan sejak tahun 2005.

Ia melibatkan penyertaan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu. Ada juga usaha PPD daerah serta PKG untuk membantu dan memilih penyertaan terbaik.Persembahan terdiri dari sketsa, nyanyian, "choral speaking", dikir barat atau mana-mana persembahan kreatif yang sesuai.

Wakil dari ExxonMobil dan JPNT turut turun padang di dalam majlis ini.








Antara persembahan dari sekolah rendah.



Antara sketsa "Si Tanggang" oleh pelajar sekolah menengah.

Jelas kelihatan hasil usaha bimbingan guru-guru yang terlibat di samping minat dan kesungguhan murid dan pelajar di dalam persembahan masing-masing. Ada penyertaan yang mempunyai sokongan kewangan yang baik, dapat dilihat dari pemakaian kostum dan alatan di atas pentas semasa persembahan.

Manakala terdapat juga penyertaan yang ringkas, tetapi sungguh "mendalam" maksudnya. Terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya. Bagi saya, kesemua pelakon yang terlibat dapat berlakon dengan baik. Bukan sedikit masa yang mereka korbankan untuk hasilkan persembahan tersebut. Salute !

Jika dilihat dari perspektif yang lain...
Kan memang wujud lakonan di dalam kehidupan kita seharian. Ada yang berlakon rajin bila "bos" muncul. Namun, masih wujud golongan yang ikhlas. Cuma, jarang-jarang. Atau kata kadang-kadang macam dalam cerita filem P. Ramlee.

Lakonan cerita Si Tanggang membuatkan saya terfikir, terdapatnya kejayaan yang dimiliki oleh anak-anak yang menyebabkan penderitaan kepada ibu bapa mereka. Pernah terpampang di media mengenai gejala ini.

Apakah perlu makna kejayaan itu dinilai semula ?